UNIMAS, SIT dan OKSHE anjur GPBL
Kota Samarahan, 26 Julai 2021: Fakulti Kejuruteraan UNIMAS dengan kerjasama Institut Teknologi Shibaura (SIT), Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) dan UNIMAS Global telah melancarkan Program OKSHE-UNIMAS-Sit Global Problem-Based Learning Programme 2021 (OKSHE-UNIMAS-SIT GPBL 2021), bertemakan ‘ Solutions That Cross Frontiers: The Sustainable Story of Perahu Tambang’, hari ini.

Acara perasmian program tersebut telah dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi Webex yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Transformasi Prestasi & Penyampaian Perkhidmatan, Kerajaan Sarawak, Malaysia merangkap Pengerusi OKSHe, Yang Berbahagia Datu Sabariah Putit.
Image
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan merangkap Pengerusi OKSHE, Yang Berbahagia Datu Dr Sabariah Putit membuka tirai OKSHE - UNIMAS - SIT gPBL 2021 secara talian. Beliau bekata visibiliti komuniti penambang di platform antarabangsa ada potensi untuk memacu lebih berdaya saing
“ Successful implementation of these initiatives will boost our economic competitiveness and lay the foundation for Sarawak to become an attractive investment destination for digital related economic campaigns."

Seiring itu, beliau melancarkan promosi Smart Heritage Ambassador, yakni Duta Smart Heritage yang akan memperkenalkan inisiatif OKSHE dengan mengikuti dan mempromosikan event anjuran OKSHE kepada komuniti antarabangsa.

"I am glad to let all of you know that the participants in this OKSHe- UNIMAS-SIT participants will be the first group,”
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkas menjelaskan program GPBL ini merupakan sebahagian program tahunan mobiliti pelajar yang diadakan sejak tahun 2015 yang bertujuan untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah pelajar dengan memberi pendedahan cabaran kehidupan sebenar kepada mereka.
Image
Beliau menjelaskan, UNIMAS  telah menjalinkan kerjasama dengan SIT sejak tahun 2011 dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoU) pada tahun 2015.

“ Kita telah bekerjasama dalam pelbagai program dan GPBL merupakan program tahunan yang sedang berlangsung. Dalam program GPBL, SIT mengalu-alukan pelajar dari UNIMAS untuk program mobiliti yang dikreditkan dan UNIMAS juga menerima sekumpulan pelajar SIT untuk program yang sama,” katanya lagi.

Naib Canselor menambah, program GPBL yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka terpaksa diadakan menerusi platform maya iaitu dengan dengan cara yang lebih interaktif dan komprehensif, disebabkan masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia masa kini.

Katanya, selari dengan tema, program GPBL akan memfokuskan mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh ‘perahu tambang’ atau dikenali sebagai ‘penambang’, serta melayari cara hidup masyarakat yang disasarkan.

“ UNIMAS merasa bangga menjadi institusi yang dapat menyediakan platform yang bermanfaat kepada pelajar dan rakan kongsi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar yang dihadapi masyarakat.
“ Ia satu latihan kepada pelajar untuk meningkat dan menerapkan pengetahuan mereka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam setiap masalah,” katanya lagi.

Berkongsi pendapat yang sama, Presiden SIT, Profesor Jun Yamada, memuji hubungan teguh antara UNIMAS dan SIT serta berharap kerjasama tersebut dapat diteruskan di masa-masa hadapan dengan usaha menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.

Dalam pada itu, GPBL tahun ini melibatkan komuniti setempat dari Kampung Empila dan Kampung Semerah Padi di Kota Samarahan dan Kuching.

Melalui program ini, para pelajar dari SIT akan didedahkan dengan warisan dan budaya Sarawak sambil bekerjasama dengan pelajar UNIMAS untuk menyelesaikan halangan berkaitan kejuruteraan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Created By

Sarena Binti Haidir