sumbangan
KOTA SAMARAHAN, 26 Julai 2021: Menyedari kepayahan dan kesusahan bagi segelintir golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS (TTNC) dan Pejabat Penolong Naib Canselor UNIMAS (PNC) hari ini telah memberi sumbangan bakul makanan dan wang ringgit kepada pekerja-pekerja pembersihan pejabat di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti UNIMAS.

Majlis ini telah diadakan secara sederhana di Bilik Mesyuarat Pejabat TTNC dan PNC dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Seramai sepuluh orang pekerja pembersihan pejabat di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti UNIMAS telah menerima sumbangan bakul makanan yang berbentuk barangan keperluan dapur serta wang ringgit.
 
Image
Image
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dan Penolong Naib Canselor UNIMAS (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dalam ucapan ringkasnya berkata sumbangan ini adalah merupakan hasil kutipan daripada staf-staf di Pejabat TTNC dan PNC serta sumbangan peribadi individu.

“Saya difahamkan kebanyakan anda semua diberi gaji harian berdasarkan kehadiran bekerja. Saya berharap melalui sumbangan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban anda semua yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat serta staf-staf di Pejabat TTNC dan PNC yang telah sama-sama membantu memberi sumbangan,” katanya.

Created By

Sarena Binti Haidir