FPSK - Kemerdekaan
Image
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 13 Ogos 2021 telah mengadakan Majlis Mini Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Fakulti yang disempurnakan oleh Prof Dr Asri bin Said, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini masih mengekalkan tema ‘Malaysia Prihatin. Tema ini selari dengan aspirasi UNIMAS untuk kekal releven sebagai a Community Driven University. Untuk menyemaikan rasa cinta kepada negara selain menyemarakan semangat kebersamaan UNIMAS Teguh Bersama. Dekan menyarankan di dalam ucapannya supaya semua Pendidik harus memberi penekanan bukan sahaja kepada penyampaian ilmu kepada generasi muda tetapi juga membentuk pembentukan sahsiah diri yang murni dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar.

Hadir bersama-sama dalam pelancaran ini adalah semua Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan yang mewakili semua ahli jabatan untuk menerima bendera Sarawak dan Jalur Gemilang sumbangan Universiti.

Majlis ini telah diadakan di raung legar perkarangan tempat letak kereta dengan mematui SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

Created By

Emelia Tambi