Anugerah Akademik

UNIMAS memberikan pengiktirafan kepada staf-staf akademik UNIMAS yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengajaran menerusi Anugerah Akademik tahunan di Majlis Anugerah UNIMAS (MAGU)
Image

Kategori

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan:
  1. Anugerah Pengajaran
  2. Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka)
  3. Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun)
  4. Anugerah Pengajaran Transformatif
  5. Anugerah Pentaksiran
MAGU System

Anugerah Pengajaran

Penerima Anugerah

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar UNIMAS yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Kriteria dan Borang

Anugerah Pengajaran Pembelajaran Imersif (Bersemuka)

Penerima Anugerah

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) memberi fokus kepada model/pendekatan pengalaman pembelajaran imersif secara bersemuka yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar (contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning dan seumpamanya). Anugerah ini mula dipertandingkan pada tahun 2018.

Kriteria dan Borang

Anugerah Pengajaran Pembelajaran Imersif (Teradun)

Penerima Anugerah

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) memberi fokus kepada kepada persekitaran pembelajaran yang menggabungkan e-pembelajaran dan pembelajaran bersemuka. Sebagai contoh, penggunaan eLEAP, MOOC, Simulasi, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Live Classroom, Digital Gamification dan seumpamanya yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.

Kriteria dan Borang

Anugerah Pengajaran Transformatif

Penerima Anugerah

Anugerah ini memberi fokus kepada transformasi kaedah pengajaran yang bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar. Keutamaan diberikan kepada teknik pengajaran tidak berasaskan syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar. Inovasi pengajaran yang berpotensi tinggi untuk memanfaatkan pelajar juga boleh dipertimbangkan untuk anugerah ini. Anugerah ini mula dipertandingkan pada tahun 2020.

Kriteria dan Borang

Anugerah Pentaksiran

Penerima Anugerah

Anugerah ini memberi fokus kepada kaedah pentaksiran alternatif yang telah berjaya mentransformasikan penilaian hasil pembelajaran sesuatu kursus secara efektif tanpa terikat dengan kaedah-kaedah konvensional seperti ujian dan peperiksaan akhir. Inovasi pentaksfiran yang berpotensi tinggi untuk memanfaatkan pelajar juga boleh dipertimbangkan untuk anugerah ini. Anugerah ini mula dipertandingkan pada tahun 2020.

Kriteria dan Borang
Image

Tarikh akhir menghantar dokumen Anugerah Akademik MAGU 2024 ialah pada 16 Februari 2024 sebelum jam 5.00 petang.