CENTRE FOR APPLIED LEARNING AND MULTIMEDIA


UNIMAS memberikan pengiktirafan kepada staf-staf akademik UNIMAS yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengajaran menerusi Anugerah Akademik tahunan di Majlis Anugerah UNIMAS (MAGU)

Anugerah Pengajaran

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar UNIMAS yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.



Senarai Pemenang
  • 2018 - Prof Madya Dr Fitri Suraya Mohamad (FSKPM)
  • 2017 - Prof Madya Dr William Lim Kiong Seng (FPSK)
  • 2016 - Tiada pemenang
  • 2015 - Tn Hj Syahrul Nizam Junaini (FSKTM)
  • 2014 - Chuah Kee Man (FBK)
  • 2013 - Prof Dr Chen Chwen Jen (FSKPM)


Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun)

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) memberi fokus kepada kepada persekitaran pembelajaran yang menggabungkan e-pembelajaran dan pembelajaran bersemuka. Sebagai contoh, penggunaan eLEAP, MOOC, Simulasi, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Live Classroom, Digital Gamification dan seumpamanya yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.

Senarai Pemenang
  • 2018 - Puan Syaryfah Fazidawaty bin Wan Busrah (FSGK)
  • 2017 - Encik Dev Nath Kaushal (FPSK)
  • Sebelum 2017, dikenali sebagai Anugerah Pembelajaran Teradun dan Outstanding Online Course Award
  • 2016 - Wan Nurainie Wan Ismail (FSTS)
  • 2015 - Noorhaslina Bte Senin (FSGK)
  • 2013-14 - Tidak dipertandingkan
  • 2012 - Chuah Kee Man (FBK)
  • 2011 - Janifer Lunyai (FEP)
  • 2010 - Prof Madya Dr Norazila Abdul Aziz (FSKPM)
  • 2009 - Farida Abdul Halim and Agatha Lamentan (FSKPM)
  • 2008 - Dr Regina Garai Abdullah(FSSK)


Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka)

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) memberi fokus kepada model/pendekatan pengalaman pembelajaran imersif secara bersemuka yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar (contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning dan seumpamanya). Anugerah ini mula dipertandingkan pada tahun 2018.

Senarai Pemenang
  • 2018 - Dr Dayang Hanani binti Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra binti Musa - FSKTM