CENTRE FOR APPLIED LEARNING AND MULTIMEDIA

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar UNIMAS yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) memfokuskan kepada persekitaran pembelajaran yang menggabungkan e-pembelajaran dan pembelajaran bersemuka. Sebagai contoh, penggunaan Morpheus/eLEAP, MOOC, Simulation, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Live Classroom, Digital Gamification dan seumpamanya yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.